Aib Yang Dipandang Mulia

Keaiban yang dipandang mulia. Merupakan kelaziman buat manusia zaman ini berkongsi sesebuah cerita yang mengaibkan peribadi orang lain tanpa mengira akan akibatnya. Hal ini semakin mudah dilakukan tanpa rasa beban kesalahan dengan adanya media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga platform online seperti laman web dan blog serta WhatsApp.

Makin parah apabila ianya mampu dibuat dan dilakukan hampir serta-merta oleh semua orang tak kira golongan dan peringkat umur. Hanya dengan satu butang 'share' dan 'forward', perkara yang aib mampu menjadi tular dan berubah menjadi fitnah yang amat dasyat sekali.

Penyebaran Aib Adalah Satu 'Barah' Dalam Masyarakat

Penyebaran Aib Adalah Satu 'Barah' Dalam Masyarakat

Asbab penyebaran perkara-perkara aib yang selama ini tidak diketahui, maka ia mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan yang ada. Malah, ia menjadi satu barah apabila golongan luar turut bersama menambah perisa dalam satu-satu isu itu.

Mudahnya kita semua terjerumus ke dalam neraka, hanya kerana aib orang lain yang bertularan di dunia maya menjadi fitnah.

Rasulullah S.A.W menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud;

"Aku melihat Syurga dan kebanyakkan ahlinya di kalangan orang miskin dan aku melihat ke Neraka dan aku dapati kebanyakkannya adalah wanita." (H.R Bukhari dan Muslim)

Ulama menafsirkan hadis ini bahawa wanita lebih ramai yang menjadi ahli neraka disebabkan mulut mereka yang cenderung menyebar keaiban serta berita yang kurang tepat, apatah lagi yang tidak disahkan kebenarannya.

Dan kalaupun ada, ianya ditokok-tambah sehingga menjadikan ia satu keaiban yang sensasi.

Jagalah Ahli Keluarga dari Menjadi Penyebar Aib, Pengumpat Tegar

Namun, sayugia juga disebutkan ini bukanlah bermaksud hanya wanita yang melakukannya, bahkan peringatan buat para wanita dan lelaki untuk menjaga ahli keluarga mereka dari menjadi golongan penyebar aib - pengumpat tegar.

Fenomena menyebarkan aib ini sudah menjadi begitu parah sehinggakan tidak bertemu dua insan melainkan mereka akan menceritakan keaiban orang lain tanpa rasa segan atau bersalah.

Contoh mudah adalah kisah dan cerita aib di Facebook. Betapa ramai yang tanpa segan silu membicarakan kisah aib orang lain. Paling menakutkan masing-masing berhujah seolah mengetahui perkara sebenar.

Yang menyedihkan ialah, ianya dilakukan oleh ramai yang mengakui sebagai seorang Muslim, seorang yang beragama Islam. Walhal, Islam sangat melarang membuka dan menyebar aib.

Dedah Aib Untuk Beri Pengajaran?

Menyebarkan keaiban ini merupakan punca utama keruntuhan perpaduan di kalangan umat Islam. Lebih parah apabila saham seperti "Alah, kita bukan buat cerita la. Ini cerita betul. Nak bagi pengajaran buat orang lain."

Benar, dengarkan pula hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Apabila ianya sebuah keaiban yang benar, ia adalah umpatan. Dan apabila ianya cerita keaiban yang tidak benar, ianya satu fitnah."

Ancaman buat para pengumpat jelas dalam hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Tatkala aku diangkat ke langit, aku melihat segolongan manusia yang memiliki kuku yang diperbuat dari tembaga sedang mencakar wajah dan payudara mereka. Aku berkata, siapakah mereka ini wahai Jibril?

Jibril menjawab; "Mereka merupakan orang-orang yang sering mengumpat dan mengharapkan penghormatan dari manusia."

Mudahnya Aib Orang Lain Disebarkan Dengan Teknologi

Mudahnya Aib Orang Lain Disebarkan Dengan Teknologi

Dengan adanya teknologi zaman moden, penyebaran aib ini menjadi lebih mudah. Kita hanya perlu share di Facebook, forward di Whatsapp group, telegram tanpa memikirkan bahawa kita baru sahaja melakukan dosa yang akan terus mengalir walau selepas kematian kita kelak!

Naudzubillah, semoga kita semua terhindar daripada melakukan perkara ini.

Sudah pasti kita sebagai Muslim yang beriman dan percayakan hari Kebangkitan tidak mahu melepaskan peluang di bulan Ramadan dan Syawal yang mulia ini bagi memulakan episod hidup baru.

Dengan niat yang ikhlas dan azam yang kuat untuk tidak menyebarkan lagi aib orang lain, menjadikan asbab buat Allah menutup aib kita, menempatkan kita bersama para An-Biya’, Shuhada’ dan Sahabat serta Sahabiah yang mulia di Syurga Firdaus kelak. Amin.


Post a Comment

0 Comments