Tanda-tanda Si Lelaki Belum Sedia Bernikah

Jangan paksa si lelaki untuk menikahi anda. Ini nasihat saya seikhlasnya. Jika pasangan kekasih anda belum bersedia hendak bernikah, tetapi pada masa yang sama, anda mahukan masa depan yang terbaik untuk diri, maka lepaskan pasangan itu. Carilah mereka yang serius mahu menjadikan perhubungan anda halal dan diredhai Tuhan.

Mengapa? Jika lelaki tidak pasti untuk menikahi anda, ini bermakna mereka belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami, apatah lagi sebagai bakal bapa atau ayah kepada anak-anak anda kelak.

9 Tanda-tanda Si Lelaki Belum Sedia Bernikah

Tanda-tanda Si Lelaki Belum Sedia Bernikah

Disebabkan ini, ada pasangan yang tidak kekal lama dalam perkahwinan. Belum pun usia perkahwinan mencecah dua tiga tahun, sudah menfailkan penceraian di Mahkamah Syariah. Ia sesuatu yang merugikan terutama sekali untuk si wanita.

Kerana apa? Kerana wanita tersebut akan membawa status janda atau balu. Jika ada anak, membawa ke status ibu tunggal.

Tanda lelaki belum sedia bernikah

Hmm tahu tahu sahajalah pandangan masyarakat sekarang kepada wanita yang berstatus sebegitu. Walhal, tali ikatan perkahwinan itu terletak pada lelaki yang melafazkan talak.

Buat lelaki, lain kesahnya. Status duda, boleh menjadi kelebihan buat mereka.

Kuasa talak adalah pada lelaki, jadi itulah pentingnya si perempuan memastikan pasangan hidup yang akan dipilih adalah yang bersedia dan mampu menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

Ciri lelaki belum sedia mendirikan perkahwinan

Sekarang, bagaimana nak tahu samada si lelaki yang menjadi pasangan kekasih seorang perempuan itu masih belum bersedia untuk bernikah?

Mari kita tengok sikap lelaki seperti ini. Selalunya di awal-awal perkenalan sebelum berkahwin, dah ada dah tanda-tanda yang sepatutnya kaum perempuan ambil peduli. Tanda-tanda itu adalah tanda bahawa lelaki itu belum sedia untuk berkahwin .. dan kalau dipaksa juga ... maka tak mustahil, penceraian boleh berlaku kelak dalam perkahwinan.

  1. Terus 'tutup mulut' apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediannya untuk berumahtangga.

  2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

  3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

  4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna 'ikatan'

  5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya. Seandainya pasangan anda telah bersedia menikahi anda, pastinya dia mahu anda kenal dengan kawan-kawannya, terutama yang rapat termasuklah kawan-kawan wanitanya.

  6. Mudah bercinta dengan wanita lain. Perhatikan perangai pasangan anda, adakah ia kerap dan mudah jatuh cinta dengan wanita lain? Adakah pasangan anda pernah berniat untuk bersama dengan orang lain?

  7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda. Pasangan anda terlalu berahsia dan belum bersedia berkongsi sesuatu yang penting kepada anda.

  8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna. Ada sahaja yang tidak kena. Pasangan anda minta berbuat bermacam-macam. Kadang bila dah buat, ada yang tidak betul pada pandangannya. Setiap yang anda buat termasuklah untuk menyambut harijadinya ... ada kekurangan di matanya.

  9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda. "Saya bukannya yang terbaik untuk you" .. jika kerap kali ulang alasan yang sama setiap kali anda ajak pasangan untuk berkahwin, ini tandanya dia belum bersedia menerima anda sebagai isterinya yang sah.

Buat lelaki, anda akan terlepas peluang untuk melipat-gandakan hidup dengan keberkatan dan juga pahala besar yang Allah S.W.T sediakan untuk pemimpin keluarga. Ambillah tanggungjawab menjadi khalifah Allah sepertimana tuntutan dalam agama.

Bernikah kahwin adalah sunnah dan perkara dituntut. Tidak sepatutnya anda melengahkannya jika sudah ada kemampuan. Dan percayalah bahawa rezeki Allah S.W.T akan mencurah-curah apabila anda berniat menikahi seorang perempuan.

Sumber: Forum VF

Post a Comment

0 Comments