Kenapa Pakai Cap Ayam Kalau Jika Ada Padlock Motor Ori?

Kes kecurian motor makin hari makin meningkat. Dengan keaadaan ekonomi makin teruk mendesak segelintir orang buat kerja gila. Memang tak boleh tidur malam la, mana taknya risau motor kesayangan kene sapu. Tak kira lah EX5 tayar sotong ke, Y16 ke, mana-mana motor lah semua ada harga kalau jual balik. Memang la orang kata kalau benda nak jadi akan jadi jugak. Tapi selagi boleh ikhtiar kita ambik tindakan mencegah yang sepatutnya dulu. Takkan nak tunggu hilang baru nak melopong terkenangkan nasib.

Aku ada la Google sikit cara nak naik taraf keselamatan motor. Dipendekkan cerita terjumpa satu laman web “Pandulaju.com” bagitahu tentang alat-alat keselamatan yang boleh dipasang pada motor. Kebetulan ada 2 cadangan yang aku tertarik nak guna dekat motor kesayangan aku. Padlock dengan GPS tracker. Dari cadangan blog ni, GPS pilihan yang paling canggih dengan terbaik.

Jika Sayang Motor Gunalah Padlock Original

Padlock Terbaik Untuk Motorsikal

adalah terdetik dek akal yang tak berapa nak panjang ni, nak pakai GPS tracker. Aku pon start la mencari-cari tercari tanpa arah tuju dakat dalam Shopee. Tengok harga dengan poket pon rabak dahtu EX5 buruk tu yang kau nak masuk bende cangggih macam tu. Maka dalam hati pon berkata cehh ayat .... hahahha, seburuk motor aku dialah satu-satu kesayangan aku yang memudahkan aku ulang-alik tempat kerja, beli barang keperluan dan bawak aku merantau balik kampung. Takde dia susah wo hidup. Takkan nak berkorban sikit demi kesenangan masa depan ko pon tak boleh. Bila aku fikir balik, betul jugakkan. Motor EX5 kesayangan aku tu pun bukan nye buruk pun banyak dah perabih duit modified, aku cuci aku belai dia. Saja je aku panggil dia motor buruk .... hihihi.

Aku pon mencari-cari,tercari-cari padlock motor terbaik yang sesuai dengan motor aku. Shopee la, Lazada lah, macam-macam laman website pasal padlaock lah, KISS918 lah hehhehe .... gurau, semua aku dah banding harga. Ada yang original ada yang cap ayam.

Pilihan ditangan aku. Dari segi kualiti semestinya aku nak yang ori dengan lasak. Baru la pencuri/penyangak takut nak kopak motor aku. Baru kenal erti penyesalan. Main-main lagi, ingat tuan EX5 buruk ni tak mampu sangat ke nak beli padlock mahal. Aku kalau bab motor ni tak berkira sangat. Bende susah dapatkan, memang tak la nak bagi pencuri senang-senang buat kerja. Janji padlock berkualiti tinggi dan tahan segala macam bebanan tak kira la potong, meletup, kene tembak, asid dan senang cerita lasak la. Kalau boleh padlock motor Malaysia la senang nak cari support kalau ada masalah.

Padlock untuk Keselamatan Motorsikal

Peringatan mesra dari aku, kalau boleh jangan pakai padlock cap ayam tak kira la ayam KFC premium skali pon. Pencuri ni kalau dia bijak tak sampai 5 saat dia boleh lenjan padlock ni.Senang je buat kerja,baik tak payah lock motor tinggal je luar pagar sebb sama je lock dengan tak lock kalau pakai lock cap ayam. Padahal aku pun pakai padlock cap ayam sebelum angkat padlock terbaik SAKA LOCK ni. Sebut je macam-macam cara diorang boleh buat dekat padlock cap ayam ni. Beli yang ORI baru PUAS HATI. Tak percaya, tengok sendiri la dekat Youtube contoh banyak percubaan dan demo untuk menjahanam kan padlock cap ayam ni.

Aku sendiri pernah beli padlock cap ayam Mr DIY. Pakai tak sampai sebulan dah lebur duit. Salah aku jugak, orang turun double stand bukak kunci dulu. Ni tak habis kunci patah rim aku bengkok. Punca padlock yang dirantai dekat rim motor ke tiang rumah aku sangkut masa turun double stand hahahhah. Kalau padlock berkualiti aku boleh jamin rim je bengkok tapi padlock confirm takkan patah kalau original. Tapi rim bengkok menangis jugak woi ....hahahah.

Fikir punya fikir, dengan mata yang bengkak sebab tak tido malam, aku ambik keputusan muktamad nak angkat GPS tracker tu. Harga dia boleh tahan berbaloi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan ada real time location tracking, call on vibration detection dan macam macam lagi lagi la. Ambik cadangan daripada laman web pandu laju tadi, GPS tracker dari Stopanik Sdn. Bhd. Yang paling terbaik.Try buka laman web Stopanik.com.

Ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan lebih daripada yang aku kalau boleh nak. Memang mantap la Stopanik ni call support pon cepat je jawab. Semua soalan aku tanya pon bersahaja je dia jawab. Dapat la sebut harga SP05 yang boleh aku pasang dekat motor buruk kesayanganku tu. Maka bermula lah episode suka duka megumpul duit gaji yang tak seberapa demi nak kejar cita-cita pakai gps tracker dekat motor aku.

Selang 1 bulan mengumpul, nampak la perubahan duit tabung. Semakin hari semakin dekat dengan impian aku nak memiliki GPS tracker yang canggih utuk motor kesayang aku tu. Tapi aku masih lagi tak keruan. Mana taknye motor aku tu masih takde ciri keselematan yang menyakinkan aku untuk tido dengan lena dikala malam hari. Hanya bergantung dengan padlock cap ayam yang tunggu masa nak kene potong. Dengan kes kecurian dekat kawasan pangsapuri rumah aku yang semakin menjadi-jadi. Makin serabut aku dibuat nye.

Kawan Hilang Motorsikal - Hanya Padlock Jadi Kenangan

Seminggu selepas tu aku dikejutkan dengan berita yang tidak begitu baik. Motor kawan baik aku Y15 hilang entah kemana. Yang tinggal hanyalah padlock cap ayam yang dipotong sebagai hadiah. Pakai lagi padlock cap ayam, kan dah dirembat motor hilang entah kemana.

Cakap orang, aku pun sama pakai padlock cap ayam. Aku sekali lagi menjadi tak keruan sampai makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Masuk bulan ni, dah 3 motor hilang. Dua Y15 dan satu EX5 yang dikunci dengan padlock cap ayam. Buat laporan polis...tetapi tindakan hampir macam tak ada. Bila ditanya pasal laporan hanya masih dalam siasatan je jawapan yang dapat. Hmmm... siasat la sampai Abang Jamil mampos. Dalam benak kepalaku bermain satu suara, adakah EX5 kesayangan bakal menjadi habuan pencuri tu disebabkan padlock cap ayam tu?

Risau, gelisah dan macam-macam perasaan lagi la.

Setelah penat aku memikirkan nasib, keluar satu notifikasi whatsapp ditelefon. Rupanya dari Stopanik Sdn. Bhd. Support. Aku ada berhubung dengan support, sebab nak beli GPS tracker kene tahu jenis peranti dulu ikut kesesuaian motor. Tapi notifikasi kali ni bukan pasal GPS tracker, tapi pasal lock. Kene pulak dengan hati yang gelisah ni terus aku klik link tu. Aku tengok review dan test yang dibuat dekat lock tu.

Wow, lain macam lock dia betul Nampak original siap branding sendiri lagi - SAKA LOCK!!

Tengok video testing plak Nampak yang padlock ni berkuati tinggi. Tengok harga pulak lagi skali aku terkejut!!

Harga Jimat Kualiti Original Terbaik

Untuk satu lock berharga RM160 beli combo harga RM280 dah jimat RM40. Pastu ada plak bayaran ansuran selama 3 bulan!! Dengan harga yang macam ni dapat padlock berkualiti yang anti potong, anti anti bakar, anti ketukan, anti hakisan asid,anti gerudi, anti karat, anti umpil, anti umpil dan segala macam anti lah. Sape nak bagi harga yang tak masuk akal dengan kualiti macam ni. Dengan tak semena-mena aku terus klik oder. Nak tunggu ape lagi. Lagi ditunggu makin tak terubat rasa gelisah hati ni. GPS tracker tu aku ketipan kan dulu hasrat nak beli, yang penting motor aku selamat.

Spesifikasi Saka Lock

Mari aku kongsi sikit pengalaman aku pakai boleh kata padlock motor terbaik dalam Malaysia ni.Diberi nama “SAKA LOCK’ dari syarikat stopanik.Pergh memang bersaka betul pakai padlock ni. Aku boleh jamin SAKA LOCK ni antara padlock terbaik dekat Malaysia sejak aku pakai pakai padlock ni. Jauh beza dengan padlock cap ayam macam langit dengan bumi la senang cerita.

Lepas aku oder dan buat bayaran,takde masa nak buang masa dah terus datang ambik SAKA LOCK di HQ Sopanik. Aku ambik combo dapat dua SAKA LOCK terus, jimat sikit RM40. Dapat je padlock terbaik ni terus aku balik rumah menunggang EX5 kesayangan. Parking je bawah pangsapuri terus aku guna padlock ni dekat motor aku. Satu lagi aku ingat nak buat testing. Nak buktikan yang padlock ni betul-betul padlock berkualiti.

Cutter, angle grinder, asid getah bapak aku, drill, spanar 21 dan semua cara la cuba. Pendek Cerita tak lepas langsung. Setakat calar geli-geli je.Mmg puas hati la. Habis testing je aku suruh kawan aku pakai padlock terbaik ni dekat motor Y16 baru dia. Kebetulan motor baru ni lagi panas dan menjadi perhatian dan idaman para pencuri.

Padlock Motorsikal Saka Lock

Sebelum subuh pada hari yang sama jugak aku dikejutkan dengan penangkapan pencuri motosikal berisiri yang menghantui aku. Pencuri tu ditangkap lepas cubaan potong padlock terbaik SAKA LOCK yang tak berkesudahan pada Y16 member aku tadi. ada ke dedikasi betul pencuri pergi tibai padlock SAKA LOCK dari malam buta sampai ke subuh. Memang mendapat la kene cekup berjemaah dengan tok bilal dan geng surau nak solat subuh.

Terbukti Saka Lock - Padlock Terbaik di Malaysia

Dari situ dah terbukti yang SAKA LOCK ni mmg padlock terbaik di Malaysia dan kenapa perlu beli padlock yang original. Terbuktilah produk yang berkualiti kene dengan harganya dan sangat-sangat berbaloi. Bak kata pepatah 'Alah membeli menang memakai'.

Kita boleh ikhtiar dengan pelbagai cara nak elakkan harta peribadi dicuri (moga Allah lindungi kita dari ujian tersebut. Cara yang terbaik mmg la berserah kepada Allah tetapi setelah selesai mencuba dan berusaha sehabis baik.

Apa pon usaha dulu dengan cuba SAKA LOCK padlock untuk melindungi motorsikal anda kemudian berserahlah diri dan bertawakal kepada Allah SWT. Kerana Dia lah sebaik-baik Pelindung.

Post a Comment

0 Comments