Ada sahaja alasan, betul tak? Sebenarnya tak susah mana pun untuk kekal sihat, terutama dari segi pemakanan atau diet seharian. Apakata cuba tips disediakan di bawah ini. Mana tahu ia sesuai untuk anda untuk terus kekal sihat seharian.
20 Tips Diet Untuk Kekal Sihat 7 Hari
Jadi, adakah anda menginginkan tips diet yang mudah dan berkesan? Nah, kami kongsikan beberapa tips diet yang sihat dan tidak ada alasan anda tidak mampu untuk melakukannya.
Tips 1 - Lobak dan Timun, Limau Nipis
Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut, kisar dan tapis untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Tips 2 - Bersarapan
Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.Tips 3 - Makan Buah Kurma/Tamar
Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Tips 4 - Makan Tinggi Serat
Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.Tips 5 - Sayuran dan Buah-Buahan
Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus seperti lemon atau limau. Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 - Kurangkan Kolesterol
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari. Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.Tips 7 - Makanan Tinggi Protein
Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur.Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal.
Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 - Aktiviti Yang Banyak Bergerak
Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjogging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki atau mungkin aktiviti berbasikal sahaja.Aktiviti yang banyak bergerak seperti berjalan kaki adalah lebih mudah, murah dan boleh menjadi sangat menyeronokkan. Anda boleh lakukan bersama teman, adik-beradik, jiran tetangga atau mungkin kenalan baharu. Lagipun, aktiviti seperti ini sudah cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
- Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
- Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
- Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda.
- Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 - Buat Aktiviti Selepas Makan
Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaiki tangga selepas selesai makan.Tips 10 - Jangan Tak Makan
Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.Tips 11 - Minum 8 Gelas Air
Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 - Kurangkan Makanan Bergaram
Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.Tips 13 - Air Limau Sebagai Air Kegemaran Harian
Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.Tips 14 - Jangan Minum Air Berkarbonat
Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.Tips 15 - Makan Perlahan
Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 - Guna Pinggan Kecil
Gunakan piring makanan yang kecil dan rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang sebegini, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.Tips 17 - Usah Percaya Mitos Diet
Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.Tips 18 - Ada Sasaran Untuk Turunkan Berat Badan
Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 - Elakkan Timbang Berat Tubuh Setiap Hari
Jangan timbang berat badan setiap hari.Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Dicadangakan agar timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 - Buat Catatan Diet
Buat catatan atau diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, disarankan agar anda memiliki sebuah buku catatan atau diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.Jadi, anda rasa anda boleh buat semua ini dengan bersabar? Keep calm dan selamat mencuba!
0 Comments