Agama Islam agama yang memberikan panduan bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang terbaik, bukan setakat untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara.
4 Perkara Seorang Muslim Perlu Lakukan Sebelum Tidur Untuk Dapatkan 4 Manfaat Besar
Islam mengutamakan umatnya untuk sentiasa berpesan ke arah kebaikan, samada kebaikan hidup di dunia mahupun kebaikan di hari akhirat. Menerusi panduan yang telah sedia ada iaitu Al-Quran dan Sunah, umat Islam hanya perlu mengikuti dan menyebarkan segala nasihat, teguran dan juga tips kehidupan yang ada ke orang lain.
Malah, menyampaikan dan berpesan itu juga merupakan satu sunah terbaik dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.
Ada banyak pesanan yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika hidup baginda. Nasihat ini walaupun ditujukan secara lisan kepada sahabat dan orang terdekat, ia sebenarnya merupakan nasihat kepada seluruh umat.
Tips Mudah Untuk Dapatkan 4 Kelebihan Besar Sebelum Tidur
Antara nasihat yang bagus ialah mengenai amalan yang perlu dibuat oleh seorang Muslim sebelum tidur. Berikut adalah antara pesanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang telah dituturkan kepada Aisyah r.a, iaitu isteri yang juga Serikandi Nabi S.A.W.
Rasulullah telah berpesan kepada Aisyah r.a (yang bermaksud): "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu;
- Sebelum khatam Al Quran
- Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
- Sebelum para Muslimin dan Muslimat meredhai kamu
- Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
Daripada pesanan Nabi kepada Aisyah ini, sekali pandang ia nampak sangat berat dan sukar, apatah lagi apabila ia dituturkan perlu dilakukan sebelum tidur.
Inilah cara Nabi memberikan nasihat secara hikmah.
Beruntungnya umat akhir zaman ialah, dalam mendapatkan kelebihan melakukan ibadah seperti dinyatakan tadi, ianya telah dipermudahkan agar ia mampu dilaksanakan.
4 Amalan Sebelum Tidur Seorang Muslim
Aisyah r.a juga seorang manusia yang tetap mempunyai kelemahan seperti kita yang lain. Seperti apa yang kita fikirkan, adalah sangat mustahil untuk melaksanakan empat perkara tadi ... apatah lagi perlu dibuat sebelum tidur!
Maka, bertanyalah Aisyah kepada Nabi Muhammad S.A.W:
"Bertanya Aisyah (yang bermaksud): "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut dalam waktu singkat ini?"
Rasulullah pun tersenyum dan kemudian bersabda (yang bermaksud):
"Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Berselawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Ya, empat perkara tadi boleh dilakukan dengan lebih mudah, dengan mengamalkan tips yang telah diberikan oleh Rasulullah, iaitu:
- Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3x sebelum tidur
- Berselawat ke atas Rasulullah dan kepada para nabi
- Beristighfar sebanyak mungkin sebelum tidur
- Bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir sebelum tidur
Dengan melakukan empat tips ini, in Sha Allah, ia menyamai 4 perkara awal yang Nabi Muhammad S.A.W telah nyatakan dan berpesan kepada Aisyah r.a.
Segalanya dipermudahkan untuk umat akhir zaman, iaitu umat Islam di zaman kini. Nabi Muhammad S.A.W tahu akan kemampuan umat akhir zaman yang terhad namun mahu mendapat segala kebaikan dunia dan akhirat.
Dan jika difikirkan, segala 4 tips amalan ini sebenarnya sangat mudah dilakukan, iaitu selepas menunaikan sholat Isyak, iaitu ibadah wajib yang mesti dilakukan sebelum tidur. Malah, sholat Isyak itu boleh memperlengkapkan segala 4 tips tadi - hanya dari satu 'aktiviti' atau 'perbuatan' iaitu menunaikan sholat.
Kemudahan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T untuk umat Nabi Muhammad, amat rugi jika tidak dipraktik dan diamalkan walhal kelebihannya sangat besar dan memberikan keuntungan.
Cubalah. Mari sama-sama amalkan agar kita mampu menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
0 Comments