Biasasanya, hasil kajian dan teknik penelitian tulisan tangan ini digunakan dalam siasatan jenayah oleh badan perisikan seperti polis dan tentera. Ramai antara kita yang tidak mengetahui kepentingan ilmu ini, malah anda yang menganggap ia merupakan satu bentuk ramalan dan tilikan, walhal segalanya bersandarkan ilmu sains.
Mengenali Keperibadian Diri Dari Bentuk Tulisan
Bercakap mengenai ilmu grafologi ini, ada beberapa cara untuk mengenali peribadi dan karektor am seseorang berdasarkan kepada tekanan tulisan, bentuk tulisan, kecondongan, kerapatan serta corak tulisan pada sesuatu huruf tertentu.
Jom tambah sedikit pengetahuan berkaitan ilmu ini, paling tidak kita sama-sama boleh menilai samada ianya benar atau tidak pada sifat diri sendiri. Mungkin, dengan mengetahui secara 'fakta' sains ini, kita mampu menjadikan diri lebih baik.
Tekanan Ketika Menulis
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas menunjukkan bahawa dirinya seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas, memberi signal bahawa individu tersebut kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat biasanya seorang yang emosional, namun prihatin serta bersifat pengasih dan penyayang. Dia juga seseorang yang mempunyai kepekaan tinggi dan secara sainsnya banyak mempergunakan otak di sebelah kanan (otak kreatif). Seseorang yang bertulisan begini sangat sukakan bidang sastera dan seni.Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan tajam adalah seorang yang bersifat rasional, berkerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak mempergunakan otak di sebelah kiri (otak logical) untuk menyelesaikan masalah dalam hidup. Setiap perbuatan memerlukan jawapan yang kukuh dan mempergunakan fakta untuk merungkaikan permasalahan.Selain penelitian terhadap tahap tekanan serta bentuk tulisan, kajian grafologi juga mendapati bahawa tulisan yang condong kiri dan kanan, tulisan ditulis tegak dan campuran di antaranya juga mampu memberikan gambaran berkaitan sifat keperibadian yang ada dalam diri.
Mari lihat apa lagi yang ada dalam kajian berkaitan tulisan ini ..
Kecondongan Tulisan
Condong ke kanan
Extrovert, seseorang yang mempunyai tulisan yang sangat condong ke kanan adalah seseorang yang suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, seorang yang bersifat peramah, suka bercampur dengan orang atau berkawan.Seseorang yang menulis condong ke kanan juga seorang yang mempunyai sifat kepimpinan, tetapi bukan jenis pemimpin kuku besi tetapi yang penyanyang. Malah mudah menunjukkan kasih sayang, sikap berani serta pemurah.
Condong ke kiri
Introvert, seseorang yang suka menyimpan rahsia dan bersifat agak pemalu, jarang melakukan peribahan pada diri dan memang bersifat tidak suka berubah. Seseorang yang amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan juga negara. Tetapi, tidak suka mencampuri hal ehwal orang lain yang tiada kena-mengena.Tulisan tegak
Systematic, seorang yang mudah mengawal diri, suka berkawan tetapi mempunyai sikap tidak suka mencari kawan sebaliknya mahukan orang lain mencarinya untuk dijadikan kawan. Seseorang yang bersifat diplomatik, dan tidak suka bergaduh, dengan kata lain andai ada perbalahan, lebih suka mengambil jalan tengah sebagai penyelesaian.Campur-campur
Seseorang yang menulis tanpa kecondongan khusus adalah seorang yang beremosi tidak menentu. Malah, tidak mempunyai pendirian yang tetap, dan sering mengubah keputusan. Ia seperti sikap kebanyakkan anak remaja yang belum cukup umur atau seperti seorang wanita yang ada masalah 'datang bulan'.Kerapatan Tulisan
Jarang-jarang
Seseorang yang mempunyai tulisan sebegini adalah seseorang yang tidak suka bergaul dan lebih suka menyendiri. Jadi, perwatakkannya adalah kurang mesra dan ada menunjukkan sedikit sifat suka boros.Rapat-rapat
Agak berlawanan dengan tulisan yang berjarangan, peribadi seseorang yang mempunyai tulisan rapat-rapat adalah yang jenis suka bercampur dengan orang, hatta yang baru dikenali dan yang asing. Namun, seseorang yang memiliki bentuk tulisan yang rapat-rapat ini amat bergantung kepada orang lain, sukar berdikari dan tidak boleh menyendiri.Seorang yang pandai berjimat dan kadangkala boleh menjadi sedikit kedekut.
Mari lihat penelitian dari sudut corak tulisan pada huruf-huruf tertentu. Individu memang mempunyai bentuk penulisan berbeza pada huruf tertentu. Biasanya, kelainan ini boleh dilihat dengan jelas pada tanda tangan, seperti mana pihak bank menyiasat mengenai cek palsu dengan meneliti corak tulisan pada huruf-huruf tertentu pada tanda tangan seseorang.
Perbezaan ini juga menyediakan satu cara untuk memperlihatkan keperibadian seseorang. Hanya dengan melihat corak tulisan pada huruf-huruf tertentu dalam 25 abjab yang ada, ia mampu membezakan sifat peribadi pada penulisnya.
Corak Tulisan Pada huruf J, G, Y, Z
Ada ekor
Jika ekor huruf-huruf ini ditulis secara besar, panjang dan sempurna, ia memaparkan sifat individu yang mempunyai tahap emosi yang jelas, seorang yang pengasih dan penyayang, seorang yang pemurah, namun mudah merasa simpati pada orang lain.Ia juga menunjukkan seseorang yang ada tahap kerajinan yang baik. Senang membantu walaupun tidak diminta.
Seandainya ekor tulisan pada huruf itu adalah kecil, pendek dan tak sempurna maka seseorang itu adalah yang tidak pandai mempamerkan emosinya, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sifat sayang itu banyak dalam diri.
Pada Palang Huruf Kecil T (t)
Jika palang pada huruf kecil T adalah tinggi, maka seseorang itu mempunyai tahap aspirasi tinggi. Manakala jika ianya rendah, seseorang itu mempunyai sifat yang mudah berpuas-hati dan bercita-cita rendah. Jika palang huruf T kecil itu berada di tengah-tengah, seseorang itu suka pada pencapaian pada tahap sederhana.Jadi, dengan adanya hasil kajian penulisan ini dari sudut sains grafologi, dapatlah kita menilai diri kita dan cuba perbaiki mana kekurangan yang ada. Kita mungkin tidak sempurna dari segi keperibadian.
Namun, bersandarkan kepada kajian juga mendapati bahawa corak tulisan ini akan akan berubah apabila sikap dan personaliti kita berubah; terutama apabila diri menjadi semakin matang, lebih banyak pengalaman dan sudah ada latar-belakang pendidikan yang lebih baik.
Sumber: Petua Dari Dr. Fadzillah Kamsah
1 Comments
Test komen
ReplyDelete